Kalau anda tanya macam mana semua ni bermula, jawapan dia simple: ramai sangat orang sebenarnya boleh lulus loan… cuma tak tahu apa bank nak tengok.
Dari dulu saya memang minat tengok data kewangan, kira DSR, baca CCRIS dan faham polisi bank satu-satu. Macam nerd sikit, tapi itu yang buat saya jatuh cinta dengan kerja ni. Dari satu meja kerja kecil di Shah Alam, saya mula bantu kawan-kawan, kemudian semakin ramai orang datang cari jalan. Dari situ, JomConsult lahir.
Hari ini, saya masih buat benda yang sama — cuma dengan lebih sistem, lebih pengalaman, dan lebih passion.
Tujuan saya mudah: tolong orang dapatkan peluang yang mereka layak dapat.